Khamis, 29 Januari 2009

Amerika bukan musuh orang Islam-Obama

Presiden Amerika Barack Obama pada hari Isnin lepas telah berkata Amerika bukan musuh bagi negara Islam serta berjanji akan melawat negara-negara Islam yang besar begi memberi penjelasan.

Beliau menegaskan bahawa adalah menjadi tugasnya untuk berhubung dengan negara-negara Islam bagi memberitahu Amerika bukan musuh anda.

Persoalannya adakah niat Obama ini boleh dipercayai kerana punca utama timbulnya hal ini adalah kerana tindakan Amerika sendiri yang sering memulakan permusuhan dengan negara Islam.Serangan ke atas Iraq melalui dendam lama bapa George Bush adalah melaui tipu daya yang licik kononnya Iraq menyimpan sejumlah besar senjata pemusnah.Begitu juga serangan ke atas World Trade Centre masih menjadi misteri akan siapa dalang di sebaliknya samada melibatkan pihak Amerika bersama Yahudi yang sengaja melakukannya bagi memberi justifikasi bagi memulakan serangan ke atas negara Islam.Bush dengan bangganya mengistiharkan perang salib telah bermula apabila melancarkan serangan pertama ke atas Iraq.Amerika pada bila-bila masa pun tidak akan senang atau redha dengan negara Islam dan suka kepada peperangan dan permusuhan dengan negara-negara Islam.

Dunia Islam memang mengharapkan suatu perubahan dasar mengenai perhubungan luar Amerika dengan negara Islam ke arah keamanan sejagat.Mampukah Obama mengubah dasar Amerika selama ini yang berlagak sebagai polis dunia?Tunjuk dan buktikan kepada dunia bahawa Obama boleh berjalan sendiri tanpa pengaruh lobbi dari golongan Yahudi dan negara Israel.

sumber AP

Digg!

Selasa, 27 Januari 2009

Mana Di tuju

Saban waktu
masih mencari-cari
jalan lurus sudah terhampari
bisik ajakan lara yang diikuti
nafsu hendak dipuasi
tak kemana jua...

saban waktu
bangunlah
insan
dari buai dan tidur
nak ke mana
jalan lurus sudah di rintisi
lalui jalan itu
tuju dengan insaf
jalan Tuhan dan Rasul

saban waktu jaya.

Selasa, 13 Januari 2009

Hujan Datang Lagi




Sejak kelmarin hujan kembali turun membasahi bumi Kota Bharu.Ini menambahkan lagi kesesakan yang teruk di jalanraya di beberapa tempat akibat jalan yang rosak akibat hujan.Pihak berwajib seakan tidak mengambil langkah segera bagi membaiki jalan-jalan yang rosak teruk terutama di sepanjang Jalan Pengkalan Chepa -simpang empat lampu isyarat Jalan Long Yunus-ke Komplek Sekolah-sekolah.
Lebih malang lagi ia boleh mengundang padah seperti kemalangan dan maut!!.Bersegeralah bagi memberi lebih keselesaan kepada pengguna jalanraya dengan tindakan yang proaktif.

Jumaat, 9 Januari 2009

Kesan dari kenaikan harga minyak

Telah hampir lima bulan berlalu sejak harga minyak dunia mencecah kenaikan tertinggi dunia pada bulan Ogos lepas pada harga USD150, kini pada harga USD41 sahaja macam-macam ragam manusia bertindak. Kita tidak terkecuali bertindak tanpa fikir panjang menaikan harga minyak tempatan.Maka naiklah habis harga barang- barang keperluan dipasaran beserta tambang
kenderaan lori bas sekolah anak-anak.
Ya kita dapat berjimat untuk kekang itu-ini namun harga minyak yang kembali turun tidak menurunkan harga barang -barang keperluan kita.
Tahun baru 2009 tiba dengan macam-macam ancaman dari dalam dan luar untuk kita sama-sama
berikhtiar menerima dan menepis sekadar yang mampu..untuk meneruskan kehidupan.
Akan adakah sesuatu yang dapat memayungi kita dari onak dan duri yang silih berganti..?Untuk renungan bersama...

Rabu, 7 Januari 2009

Kata Pertama

Hari ini mula belajar berblog, beberapa hari mencari idea bagaimana nak mula?Oklah ,setiap kita harus ada visi dan misi sebagai panduan dan pelan untuk menuju ke depan.Tanpa visi dan misi yang bertulis samada untuk kehidupan biasa seharian atau dalam pekerjaan, kita akan bekerja ikut nasib.Jadi kita harus buat perancangan yang bertulis dalam semua hal untuk kita ukur dan lihat di mana kita telah berada.