Khamis, 16 September 2010

KENYATAAN DARIPADA IMAM HAJI ABDALHASIB CASTINEIRA Tuesday, 17 August 2010 05:12 Penasihat Shariah World Islamic Mint and Mantan Imam Masjid Jamek Gr


Bismillah irrahman irrahim
Berkenaan Dinar Emas dan Dirham Perak serta Sah Diperlakukan di Malaysia

Dinar Emas dan Dirham Perak yang dikenali sebagai mata wang Syariah atau koin Syariah menurut fekah bukanlah jenis mata wang yang memerlukan ia sah diperlakukan. Mata wang Syariah tidak ada kaitan dengan mata wang hampa dalam banyak segi dan tidak sepatutnya perbandingan dibuat di antara kedua-duanya samada dari segi undang-undang mahupun dalam menyifatkan kedua-duanya sama. Dinar Emas dan Dirham Perak menjurus kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, yang paling genting, pembayaran zakat dan bukannya dengan perkara-perkara berkaitan perlembagaan. Pengenalannya hanya boleh dizahirkan atas dasar kesukarelaan apatah lagi kebebasan ialah satu perintah daripada Allah dalam semua urus niaga komersil termasuk dalam penerimaan wang. Penggunaan Dinar Emas dan Dirham Perak sepanjang sejarah menunjukkan bahawa ia terbuka kepada orang Islam dan juga yang bukan Islam.

Segala bentuk puji-pujian bagi Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Tuhan sekelian alam, Penguasa pada Hari Pembalasan, yang telah mengumpul semua ilmu dalam zatNya dan Pencipta ilmu sehingga akhir masa. Salam dan selawat ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak diajar oleh manusia tetapi olehTuhan Yang Maha Berkuasa. Dialah nabi terakhir dan paling dimuliakan, nabi terakhir dalam warisan kenabian yang dibawa ke dunia yang fana ini dan membimbing kita ke jalan yang lurus. Semoga dilimpahkan rahmat dan barakah yang tidak terhingga ke atas keluarganya dan para sahabatnya yang dipilih daripada mereka yang terpuji dan murah hati.
Mengenai keprihatinan orang ramai berkenaan pelancaran mata wang Syariah di negeri Kelantan pada 2 Ramadan 1431, saya sebagai saksi kepada sejarah yang gemilang itu di Bandaraya Kota Bharu dan juga sebagai Penasihat Syariah World Islamic Mint (WIM), saya ingin menyatakan dalam bentuk penjelasan dan sokongan kepada usaha ini atas sebab-sebab berikut :

1.- Dinar Emas dan Dirham Perak bukanlah mata wang yang sah diperlakukan (legal tender). Mata wang yang sah diperlakukan atau paksa laku seperti wang kertas, ialah sejenis pembayaran yang ditawarkan oleh undang-undang di mana penggunaannya tidak boleh ditolak untuk membayar atau melangsaikan hutang. Cek peribadi, kad kredit dan lain-lain kaedah pembayaran yang tidak dilakukan secara tunai, juga bukan mata wang yang sah diperlakukan, hanya nota dan koin Ringgit Malaysia adalah mata wang yang sah diperlakukan. Pengeluaran mata wang yang sah diperlakukan merupakan kuasa eksklusif Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah berniat ataupun berhasrat untuk mengeluarkan mata wang yang sah diperlakukan kerana ia satu usaha yang hampir mustahil dilakukan dari segi undang-undang.


2. Dinar dan Dirham dikenali dalam fekah sebagai mata wamg Syariah ataupun koin Syariah (sila lihat[a) Muqadimmah, Ibn Khaldun). Istilah koin Shariah adalah khusus kepada Dinar dan Dirham sahaja dan tidak digunakan untuk lain-lain koin samada yang diperbuat daripada emas, perak atau lain-lain bahan. Koin-koin lain semuanya dikenali sebagai koin bukan syarii (ibn Khaldun).

3.-Istilah mata wang alternatif atau mata wang pilihan tidak terpakai kepada mata wang Syariah atau koin Shariah kerana istilah “koin Shariah” itu khusus untuk Dinar and Dirham sahaja dan bukanlah alternatif bagi lain-lain mata wang bukan sharii. Kedua-dua koin itu berdiri sendiri tanpa ada sebarang alternatif. Perkataan mata wang altenatif boleh digunakan sekiranya ada penerangan yang jelas terhadap perbezaan asas antara koin Syariah dengan mata wang yang sah diperlakukan seperti Ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia mempunyai sebuah konsep perundangan dan fungsi yang berbeza. Ringgit Malaysia tidak berasas kepada kepada sebarang komoditi ,(‘ayn’ dalam Bahasa Arab – maksudnya barangan) seperti Dinar dan Dirham, sebaliknya, Ringgit Malaysia hanyalah nota janji (Bahasa Arab “dayn” bermaksud hutang atau tanggungan) tanpa apa-apa nilai intrinsik (nilainya sebagai ‘ayn/barangan yang mempunyai nilai ialah nilai kertas yang hampir kosong) tetapi mata wang hampa (fiat currency) itu diberi nilai oleh Kerajaan Psersekutuan melalui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan ia boleh berubah dari semasa ke semasa. Sebaliknya, nilai Dinar dan Dirham bergantung sepenuhnya kepada nilai pasaran komoditi emas dan perak iaitu bahan koin-koin itu diperbuat, sama seperti sekilo beras bergantung kepada nilai beras. Perbezaan ini penting dari segi keagamaan, umpamanya, zakat yang merupakan sesuatu yang wajib di bawah hukum Syarak hendaklah dibayar dengan ‘ayn dan tidak boleh dengan dayn (sila lihat [b] Al-Kasani). Orang Islam hendaklah, sekiranya diberi pilihan (kalau pilihan tidak diberi atau tiada ‘ayn yang boleh diperolehi maka itu darurat, ia suatu keadaan yang luar biasa maka boleh digunakan buat sementara), untuk membayar zakat dengan ‘ayn.

4.- Dari segi bahasa, Dinar danDirham tidak mempunyai nilai muka tetapi masing-masing memberi makna kepada nilai mengikut berat tertentu. Dinar mempunyai berat khusus 4.25 gram yang juga dikenali sebagai mithqal dalam bahas Arab . Dirham pula mempunyai berat khusus 2.975 gram atau 7/10 mithqal. Bolehlah dikatakan, dari segi perundangan, kedua-duanya adalah seperti 1kg beras. Kedua-dua Dinar dan Dirham adalah komoditi (emas dan perak) yang mempunyai berat tersendiri, yang disebut di dalam al-Quran dan dalam banyak aspek Syariah berkenaan zakat dan lain-lain penghakiman, maka, beratnya tidak boleh diubah.



5.- Dalam sejarah, koin-koin Syariah tidak pernah menjadi mata wang yang sah diperlakukan. Dalam amalan masyarakat Islam awal, bukan mata wang Shariah sahaja digunakan sebagai bahan perantaraan pertukaran untuk pembayaran. Barli, buah kurma dan garam juga digunakan sebagai bahan perantaran pertukaran untuk pembayaran dan oleh itu tidak ada hak eksklusif diberi kepada koin-koin Syariah. Amalan sebegini disebabkan adanya “pilihan untuk memilih bahan perantaraan” kerana wang turut dianggap sebagai sebahagian daripada urus niaga yang turut dikawal selia di bawah perintah Al-Quran yang sama yang mengawal selia perdagangan iaitu “tijaratun ‘aan tardim minkum” yang bermaksud berdaganglah dengan persetujuan bersama . Persetujuan bersama mengenepikan ide paksaan ataupun monopoly berkaitan dengan urus niaga (sila lihat [c] Tafsir al-Jalalayn). Ini satu lagi sebab mengapa Dinar dan Dirham bukanlah mata wang yang sah diperlakukan dan tidak pernah menjadi wang sedemikian. Kebebasan memilih bahan perantaraan ialah satu hak asasi yang diberikan Allah kepada orang Islam dan bukan Islam. Penggunaan mata wang Syariah turut membawa maksud ia digunakan juga dengan meluas oleh orang bukan Islam.

6.-Istilah “mata wang” biasanya difahami sebagai wang kertas yang sah diperlakukan atau wang hampa yang mempunyai nilai muka. Oleh kerana mata wang Syariah bukanlah mata wang sah diperlakukan dan tidak mempunyai nilai muka , koin Syariah itu lebih mudah difahami sebagai komoditi berbanding mata wang dalam penggunaan biasa istilah itu. Dalam amalan semasa, penggunaan koin Syariah tergolong dalam kategori pertukaran suka sama suka iaitu persetujuan bersama untuk pertukaran produk dan perkhidmatan. Sememangnya boleh dipertikaikan bahawa pada masa dahulu sebelum wujudnya perundangan mengenai matawang yang sah diperlakukan, urus niaga yang menggunakan emas dan perak merupakan urus niaga yang biasa dan istilah “tukar barang” sesuai utuk semua urus niaga juga. Oleh itu penggunaan istilah ”mata wang Syariah” hendaklah difahami seperti apa yang telah diperjelaskan di atas dan juga mengira pertimbangan amalan mengikut sejarah orang Islam kerana ia amat berkait rapat dengan hal-hal perundangan Islam.

7.- Tidak lama dahulu dalam sejarah, mata wang kertas didefinasikan sebagai nota janji bersandarkan emas dan perak . Maka mereka sebenarnya memegang satu amanah (mempercayai seseorang itu untuk menjaga harta benda kita sehingga kita menuntutnya balik) dan bertanggungjawab untuk memulangkannya atau membayar balik sejumlah emas atau perak apabila dituntut. Kita tahu daripada sejarah bahawa tanggungjawab itu biasanya tidak ditunaikan dan akhirnya kerajaan dunia memutuskan secara berperingkat-peringkat untuk mengenepikan terus tanggungjawab tersebut. Kes yang paling mudah dibuat contoh ialah dollar Amerika Syarikat apabila negara itu membuat keputusan bersendirian untuk membatalkan Perjanjian Bretton Woods. Konsep pecah amanah ini diketahui di dalam al-Qur’an dan membawa bersamanya kesan perundangan iaitu larangan menberi amanah kepada orang bukan Islam kecuali mereka berada di bawah pemerintahan orang Islam supaya mereka kelak akan menunaikan tanggungawjab kontrak mereka itu (sila lihat [d] Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi). Perintah ini, dalam teori memberi maksud larangan untuk menerima pound British , dollar Amerika Syarikat dan lain-lain (atau apa sahaja mata wang yang menggunakan mata wang-mata wang ini sebagai sandaran), telah lama dihapuskan sejak zaman penjajahan oleh undang-undang baru yang menganggap larangan itu tidak lagi terpakai. Di bawah inspirasi sistem perundangan penjajah, undang-undang perlembagaan semua negara Islam termasuk Malaysia memberi hak untuk menerima nota janji negara asing, daripada negara bukan Islam( umpamanya, USD) kepada Bank Negara masing-masing sebagai rezab nilai untuk mata wang hampa mereka sendiri. Disebabkan ini, ramai orang Islam ( termasuk bukan Islam) masih lagi beranggapan bahawa wang hampa mereka itu masih mempunyai sandaran emas atau perak sedangkan pada hakikatnya tiada mata wang di dunia ini yang bersandarkan emas mahupun perak. Dinar emas dan Dirham perak ialah komoditi (‘ayn), maka kedua-dua koin itu bukanlah amanah sesiapa. Apabila kita berurus niaga, kita menyerahkan sedikit emas atau perak dan tidak memerlukan sandaran apa-apa bahan lain mahupun memohon keizinan pihak berkuasa selain daripada dirinya sendiri. Ini satu lagi sebab mengapa mata wang Syariah tidak boleh dibandingkan atau dipertimbangkan sebagai alternatif kepada “mata wang kertas”.

8.- Ramai yang terkeliru dengan konsep sah diperlakukan. Koin dan nota bank tidak memerlukan izin untuk menjadi “sah diperlakukan” sebagai wang untuk berjual beli atau melaksanakan lain-lain urusan di mana wang berperanan digunakan . Apa yang pasti ialah wang yang sah diperlakukan mestilah diterima untuk membayar hutang wang . Sebagai contoh, Undang-Undang Persekutuan Amerika Syarikat tidak menghadkan perniagaan swasta, individu atau pertubuhan menerima atau menolak bentuk pembayaran kepada mereka. Sebab itulah, peniaga bebas untuk menentukan bentuk pembayaran, sebagai contoh, menggunakan kad kredit, atau untuk menolak menerima nota bank yang pecahannya besar . Di Kanada sebagai contoh, hanya nota bank yanag dikeluarkan oleh Bank Canada sah diperlakukan, bagaimanapun, urus niaga komersil secara sah di sisi undang-undang boleh diselesaikan dalam apa cara sekalipun yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Jumlah urus niaga Kanada yang agak besar dibayar dalam dollar Amerika Syarikat walaupun dollar Amerika Syarikat bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di Kanada. Status wang yang sah diperlakukan boleh diketepikan kecuali seseorang itu berada dalam keadaan berhutang maka sebab itu, mesin menukar wang ataupun pekerja pengangkutan tidak perlu menerima wang pecahan besar nota bank untuk tambang bas atau pun untuk sekeping coklat dan pekedai pun boleh menolak daripada menerima nota bank. Walaubagaimanapun, restoran yang memungut wang hanya selepas hidangan makanan selesai (satu kedudukan di mana hutang telah tercipta) terpaksa menerima apa saja wang yang sah diperlakukan. Hak seorang peniaga untuk menolak menjalankan urus niaga dengan sesiapa sahaja membawa maksud bahawa seorang pembeli itu tidak boleh menuntut melakukan satu pembelian, maka mengisytiharkan sesuatu mata wang itu sah diperlakukan untuk tujuan selain daripada membayar hutang merupakan satu tindakan lewah.

9.- Penempaan Dinar dan Dirham merupakan satu amalan orang Islam sejak daripada awal Islam lagi. Koin bertarikh pertama orang Islam ialah Dirham perak Sasanian Yezdigird III, yang ditempa semasa Khalifah Uthman radiallahu anhu. Koin-koin ini berbeza daripada yang asal kerana terdapat tulisan bahasa Arab pada bahagian muka koin itu, biasanya “dengan nama Allah”. Sejak itu tulisan dalam bahasa Arab dengan nama Allah dan juga sebahagian daripada ayat Qur’an di atas koin-koin itu menjadi ikutan semua koin yang ditempa oleh orang Islam. Pada tahun 75H (695M) Khalifah Abdalmalik memerintahkan Al-Haddjadj untuk menempa dirham yang pertama dan secara rasminya mengikut Piawaian Umar Al-Khattab radialluhu anhu: 7/10 mithqal. Pada tahun berikutnya, beliau memerintahkan dirham ditempa di semua wilayah Dar al-Islam. Beliau memerintahkan koin-koin itu ditempa dengan ayat “Allahu Ahad Allahu Samad”. Penempaan koin Syariah dianggap satu tanggungjawab Sultan yang mesti diikuti (sila lihat [e] al-Qurtubi).

Dan kejayaan itu hak Allah. PadaNya kami berserah dan semua puji-pujian bagiNya, Tuhan sekelian alam dan salam dan selawat ke atas nabi junjungan, Muhammad s.a.w.

Hamba Allah, Haji Abdalhasib Castineira



NOTA
A] Imam Abu Zayd Ibn Khaldun (d. 1406)
“ Al-Quran menyebutnya dan mengaitkannya dengan banyak penghakiman , sebagai contoh zakat, perkahwinan dan hudud. Maka dengan itu, di dalam Al-Quran mereka mempunyai realiti dan ukuran tertentu untuk membuat penilaian (zakat, dll) di mana penghakiman boleh diasaskan berbanding dengan menggunakan koin bukan sharii (lain-lain koin mahupun mata wang).

Ketahuilah bahawa terdapat persetujuan (ijma) sejak bermulanya Islam dan pada masa Sahabat dan Tabi’in bahawa dirham Syariah ialah sepuluh seberat tujuh mithqal (berat satu dinar) emas. Berat satu mithqal ialah tujuh puluh dua butir barli supaya dirham ialah tujuh per sepuluh darinya, iaitu lima puluh dan dua perlima butir barli. Semua ukuran ini sudah pun diterima oleh secara ijma.
“Al-Muqaddimah”

B] Imam Abu Bakr al-Kasani ( d.1191)
Sekiranya harta yang zakatnya hendak dibayar ialah dayn dan bukannya ‘ayn, zakatnya boleh dibayar mengikut kekayaan’ayn. Oleh itu sekiranya seseorang itu mempunyai tunutan 200 dirham di mana zakat sudah boleh dikenakan , boleh membayar zakatnya dengan 5 dirham secara tunai kerana dayn berbanding ayan tidak sempurna (naqis) dan ‘ayn itu sempurna (kamil), dan penyelesaian yang tidak sempurna dengan yang sempurna itu sah. Sebaliknya penyelesaian yang sempurna (kamil) menggunakan yang tidak sempurna (dayn) tidak sah. Maka dengan itu, hutang zakat itu tidak dikira selesai sekiranya dia ingin membayar zakat 200m dirham yang ia miliki (iaitu ‘ayn) dengan lima dirham yang terhutang dengannya oleh seorang yang miskin (iaitu dayn); kononnya membebaskan si miskin itu daripada hutangnya dan dengan dia berhasrat melangsaikan hutang zakatnya atas 200 dirham tadi.
“Bada’I al-Sana’I”

C] Shaykh Jalaluddin al-Mahalli & Shaykh Jalaluddin al-Suyuti
Allah berfirman dalam Al-Quran (4,29)):
{ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُوۤاْ أَمْوَٰلَكُمْ بَيْنَكُمْ بِٱلْبَٰطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَٰرَةً عَن تَرَاضٍ مِّنْكُمْ وَلاَ تَقْتُلُوۤاْ أَنْفُسَكُمْ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيماً }
Tafsir:
“ Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil (tidak benar), memakan riba atau mengambil kuasa secara salah kecuali dalam perdagangan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu, dengan melakukan sesuatu yang membawa kerosakan hanya kerana kamu bersekongkol, samada di dunia mahupun di akhirat. Sungguh, Allah Maha Penyayang kepadamu apabila Dia melarang kamu daripada berbuat demikian.”
“Tafsir al-Jalalayn”

D] Qadi Abu Bakr Ibn al Arabi (d. 1148)
Allah berfirman dalam al-Quran (3:75):
Dan di antara Ahli Kitab ada yang jika engkau percayakan kepadanya harta yang banyak (qintar), nescaya dia mengembalikannya kepadamu. Tetapi ada (pula) di antara mereka yang jika engkau percayakan kepadanya satu dinar, dia tidak mengembalikannya kepadamu, kecuali jika engkau berdiri di atas mereka.”
Tafsir:
“pengajaraan yang boleh diambil ialah larangan memberikan amanah kepada Ahli Kitab dengan barangan. Persoalan berkenaan pemberian amanah terhadap harta telah termaktub di dalam al-Quran.”
“Ahkam al-Qur’an”

E] Imam Abu Abdallah Al-Qurtubi (d. 1273)
Allah berfirman dalam al-Quran (4:59):
“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulil Amri (pemegang kuasa) di antara kamu…”
Ayat ini ialah satu perintah untuk taat kepada Sultan berkaitan dengan tujuh tanggungjawabnya: penempaan dinar dan dirham, menetapkan timbang dan ukuran, penghakiman, Haji, Jumu’ah, kedua-dua Eid dan Jihad.”
“Al-Jami’ li-Ahkam al-Qur’an”

1 ulasan:

  1. Hi,

    My name is Neil Shaffer; I’m the Affiliates Manager at BinaryOffers.com,
    The biggest Affiliate Network for Binary Options and Forex.

    We offer the highest commissions in the financial industry, on top leading brands.
    We pay the highest CPA / CPL and Rev Share deals up to 700$ CPA
    I would like to invite you, to join our network and give you the best deals we have.
    I would love the opportunity to tell you more about our commission structure,
    and discuss how you could benefit from joining our network.
    I am available to you via email or Skype (aff.binaryoffers) for your convenience.

    Best Regards,
    Neil Shaffer
    Neil@binaryoffers.com

    BalasPadam