Sabtu, 28 November 2009

Pelaburan Emas Lebih Menguntungkan.




Tahukah anda, bahawa kebanyakan dari kita beranggapan pelaburan di ASB adalah yang paling selamat, dipercayai dan amat menguntungkan.

Jadi, bila ada duit, semuanya kita laburkan di ASB. Dengan keuntungan dividen 8-10% pada setiap tahun, ianya memang LUMAYAN. Labur RM 10,000 dapat untung RM1000! memang untung..

Akan tetapi, jika saya beritahu anda bahawa ada pelaburan lain selain dari ASB yang lebih menguntungkan, anda percaya?

Pelaburan apa? Betul ke ada pelaburan yang lebih menguntungkan dan selamat seperti ASB?

Ya, ada! Iaitu melalui pelaburan EMAS. Sebenarnya pelaburan emas ini sudah wujud lama. Cuma kita saja yang tidak menyedarinya.

Tahukah anda bahawa dengan melabur melalui pelaburan emas, keuntungan yang boleh diperolehi adalah lebih TINGGI.

Bagaimana?

Tahukah anda bahawa harga emas sentiasa menaik dari tahun ke tahun. Sebagai contoh, dari tahun 2006 ke 2007, dicatatkan kenaikan harga emas adalah sebanyak 33.3%. Wah sangat tinggi bukan? Jika ASB sekalipun, keuntungan paling tinggi yang boleh anda perolehi adalah dalam 10% setahun.



Tetapi pelaburan emas mampu mencapai 2 kali ganda daripada itu. Oleh sebab itu anda perhatikan tokey-tokey emas semakin kaya. Inilah sebabnya!
[klik ]

Bagaimana hendak melabur dengan emas?

Ianya sungguh mudah. Anda sendiri boleh melabur tanpa menggunakan orang tengah. Anda sendiri yang akan mengawal keuntungan anda.
Terdapat beberapa cara/teknik mudah dalam pelaburan emas ini yang boleh dimulakan oleh anda.

Oleh sebab itulah, satu pendedahan ekslusif mengenai pelaburan emas ini diterbitkan buat pertama kalinya di pasaran Malaysia. Ianya diterbitkan oleh gabungan seorang IM, seorang pelabur emas dan juga seorang pakar pelaburan dalam emas ini.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.
[ Klik }

Salam Idil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Idil Adha kepada semua dengan semangat pengorbanan yang tinggi kepada Allah SWT semoga kita mendapat keampunaan dan keredaanNya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Isnin, 23 November 2009

Banjir Pusingan Kedua Di Kelantan





Pada 23.11.09 sekali lagi Kelantan dilanda banjir bagi pusingan kedua yang berlaku sejak awal pagi di semua daerah seperti Kota Bharu,Pasir Mas,Tumpat, Kuala Krai, Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang.Beberapa jalan utama telah ditengelami air dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan dan terpaksa melalui jalan alternatif.
Lebih daripada 3000 penduduk di semua daerah telah dipindahkan kerana terlibat dengan banjir.

Kawasan di sekitar Kubang Pasu dan Kelochor di Kota Bharu telah menarik ramai penduduk disekitarnya untuk keluar beramai-ramai bermain dan berpesta banjir yang menjadi tradisi bagi penduduk di Kota Bharu.

Keadaan paras air banjir di seluruh Kelantan adalah bertambah buruk.

Ahad, 22 November 2009

Zakat Emas




Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35



Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)
Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150
2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram
Uruf Emas = 150g ram

Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9

Sumber Rujukan :zakat.com.my

Rabu, 16 September 2009

Salam Idil Fitri

Salam Idil Fitri maaf zahir dan batin, semoga Ramadhan ini kita mendapat banyak berkat dan keampunan Allah.Jangan lupa kepada yang tidak bernasib baik dan fakir miskin agar kita membantu mereka untuk sama-sama bergembira di hari raya Idil fitri ini.Akhir sekali kita wajib berzakat fitrah agar kekurangan semasa ibadat puasa dapat disempurnakan, insya Allah.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Bookmark and Share

Khamis, 3 September 2009

H1NI Apa yang perlu anda tahu.


H1N1 Simptom

Penulis: Dr Zakuan Zainy Deris


TANDA mengidap jangkitan Influenza A H1N1 kebiasaannya adalah demam, batuk, berhingus dan sakit kerongkong. Terdapat juga tanda-tanda yang tidak khusus seperti sakit kepala, sakit badan, cirit birit, muntah dan lain-lain.

Kebanyakan orang yang dijangkiti hanya mendapat gejala ringan. Anggaran sekitar 10 peratus mendapat gejala yang teruk seperti pneumonia (jangkitan paru-paru), encephalitis (jangkitan otak), carditis (jangkitan jantung), jangkitan telinga tengah, kurang cecair badan serta menyebabkan penyakit yang telah dihidapi (seperti asma) bertambah teruk.

Jangkitan pandemik influenza A H1N1 tidak dapat dibezakan dengan selesema lain tanpa ujian makmal. Tanda klinikal pengidap H1N1 adalah sama dengan selesema lain. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan menganggarkan sebanyak 95 % selesema sekarang adalah disebabkan influenaza A H1N1. Keadaan yang sama diperhati seluruh dunia. Dapat erti kata lain, semua kes selesema sekarang perlu dianggap sebagai influenza A H1N1. Sehubungan itu juga, ujian makmal untuk memastikan H1N1 secara umumnya tidak diperlukan untuk pengurusan pesakit.

*Perbezaan

Pada asasnya, kita hanya mempunyai sebahagian imuniti terhadap selesema bermusim iaitu influenza A H3N2. Influenza A H1N1 adalah asing dan badan kita masih belum mempunyai imuniti terhadap kuman ini. Terdapat kemungkinan kita akan mendapat selesema yang teruk apabila mendapat jangkitan influenza A H1N1.

Sejenis influenza A H1N1 juga menyebabkan kematian yang banyak dalam pandemik influenza pada tahun 1918-1919, dianggarkan sebanyak 50 juta orang. Namun kita sungguh bertuah kerana kadar kematian akibat jangkitan influenza A H1N1 terbaru ini adalah lebih rendah daripada dijangkakan walaupun kita tidak mempunyai imuniti terhadap virus ini, alhamdulillah. Berbanding dengan influenza A H5N1 (selesema burung) yang mempunyai kadar kematian lebih 50 peratus, influenza A H1N1 cuma melibatkan kematian sekitar kurang dari satu peratus.

Sehingga 16 Ogos 2009, Kementerian Kesihatan melaporkan kematian yang berkaitan dengan jangkitan influenza A H1N1 adalah 59 kes. Angka ini dijangka terus meningkat memandangkan beberapa kes masih dirawat di unit rawatan rapi serta wabak ini masih dalam peringkat awal. Jumlah mangsa yang dipastikan H1N1 melalui ujian makmal sehingga kini adalah lebih 2,000 orang. Jumlah yang dipastikan H1N1 adalah lebih kecil dari jumlah sebenar kerana ujian makmal hanya dilakukan untuk kes yang teruk sahaja.

Melihat kepada keadaan ini, tidak dapat disangkal lagi bahawa H1N1 merupakan satu bencana yang dahsyat untuk negara kita kerana bencana lain seperti banjir dan tanah runtuh hanya melibatkan beberapa kematian sahaja.

*H1N1 dan Selsema Babi

Influenza A H1N1 adalah kuman selesema yang biasa dalam persekitaran babi. Wabak H1N1 di kalangan babi pernah dilaporkan sebelum ini. Kali pertama influenza A H1N1 dikesan daripada babi adalah pada 1930. Tetapi strain (jenis) virus influenza A H1N1 terbaru ini tidak dipastikan daripada mana asalnya. Kemungkinan adalah percampuran genetik antara virus daripada burung, babi dan manusia di Amerika Utara. Ia dilaporkan sebagai selesema babi pada 24 April 2009. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menukarkan istilah ini kepada influenza A H1N1 supaya lebih menggambarkan penyebab sebenar kepada selesema ini. Tetapi istilah ‘selsema babi’ masih digunakan oleh media umum dan WHO masih mengekalkan swineflu dalam laman web H1N1.

Pada 11 Jun 2009, WHO mengisytiharkan influenza A H1N1 pandemik Fasa 6. Ini merupakan kali pertama WHO mengisytiharkan wabak pandemik selepas selesema Hong Kong pada 1968. Fasa 6 pandemik diisytiharkan apabila terdapat penularan wabak ini dari manusia kepada manusia secara mendadak dan melibatkan lebih dari dua benua. Malaysia melaporkan kes pertama influenza H1N1 pada 15 Mei 2009.

*Tempoh

Tempoh transmisi virus H1N1 bermula sehari sebelum gejala timbul sehingga tujuh hari selepas gejala bermula. Ini menyebabkan kawalan penyakit ini agak sukar kerana kita tidak dapat menjangkakan bila seseorang akan mendapat demam selepas dijangkiti. Bagi pesakit kanak-kanak dan pesakit kurang daya imuniti pula, tempoh ini mungkin lebih panjang, sehingga tujuh hari selepas gejala berakhir.

Kuman influenza A H1N1 dianggarkan boleh bertahan di persekitaran kita antara dua ke lapan jam. Di persekitaran yang kering dan panas, kuman ini akan mati dalam tempoh yang lebih singkat. Kuman ini boleh dibunuh dengan menggunakan sabun, alkohol dan ubat-ubat antiseptik.

*Rawatan

Secara umumnya, pesakit dengan gejala ringan dan tidak mempunyai penyakit sampingan hanya memerlukan rawatan untuk gejalanya sahaja iaitu ubat demam, batuk dan selesema. Pesakit juga perlu minum banyak air dan makan buah-buahan. Perokok dinasihatkan berhenti merokok. Pesakit yang mengidap gejala selesema perlu mengelakkan kunjungan ke tempat awam dan mengamalkan pengasingan diri sendiri. Bagi pesakit yang dinasihatkan kuarantin di rumah, mereka perlu memerhati tanda-tanda amaran.

Pesakit-pesakit selesema yang mempunyai penyakit sampingan seperti penyakit respiratori (asma, penyakit paru-paru kronik), obesiti, kurang daya imuniti, kanser, diabetes, penyakit jantung mahupun ibu yang hamil perlu mendapat rawatan antivirus lebih awal!

Kebanyakan pesakit tidak memerlukan rawatan khusus penyakit ini iaitu ubat antivirus. Dalam kes di Malaysia ubat antivirus yang digunakan adalah Oseltamivir (Tamiflu). Sebahagian kecil pesakit dianggarkan sekitar 30 peratus sahaja memerlukan ubat ini. Pesakit yang mendapat komplikasi sederhana dan teruk adalah kumpulan yang patut mendapat rawatan antivirus. Pesakit ini perlu dimasukkan dan diberikan rawatan dalam wad. Pesakit yang mempunyai penyakit sampingan dan pesakit dari kalangan anggota perubatan yang mendapat jangkitan ketika merawat pesakit juga perlu mendapat rawatan antivirus. Pihak Kementerian Kesihatan terus memantau keadaan ini dan kumpulan sasar antivirus akan berubah mengikut keperluan semasa. Pada waktu ini juga dicadangkan pesakit kanak-kanak kurang dari umur lima tahun dan pesakit yang mendapat demam berterusan lebih dari tiga hari juga perlu mendapat rawatan antivirus.

Pesakit yang mengidap gejala ringan tidak memerlukan rawatan khusus. Pertimbangan perlu diberikan kemudahan kesihatan yang mendapat kunjungan pesakit melampaui kemampuan mereka. Sudah pasti kakitangan kesihatan tidak mampu memeriksa dengan teliti setiap pesakit yang hadir. Namun begitu, sekiranya terdapat tanda amaran, mereka yang mengidap gejala ringan ini perlu diperiksa.

Bekalan antivirus adalah mencukupi. Kementerian Kesihatan telah menambah bekalan antivirus kepada 20 peratus jumlah penduduk. Ini adalah kerana kebiasaan bagi sesuatu wabak pandemik influenza yang mana 20 peratus daripada mereka yang dijangkiti akan mengidap gejala selsema. Ubat ini perlu mendapat preskripsi sama ada dari pengamal perubatan kerajaan atau swasta. Ubat ini tidak dijual di farmasi pada masa ini kerana terlalu mudah mendapat antivirus boleh menyebabkan tiadanya kawalan. Ia juga dibimbangi akan menyebabkan virus H1N1 menjadi kalis kepada ubat antivirus.

Antivirus dan vaksin adalah berbeza. Antivirus adalah ubat untuk membunuh virus, manakala vaksin pula untuk merangsang pembentukan antibodi bagi melawan virus. Antivirus seperti Oseltamivir (Tamiflu) diambil secara oral dan Zanamivir (Relenza) diambil secara sedutan adalah ubat untuk merawat jangkitan virus influenza A. Kadangkala antivirus digunakan sebagai pencegah bagi golongan yang terdedah kepada risiko jangkitan teruk seperti perempuan mengandung yang terdedah kepada pesakit H1N1.

Buat masa ini, masih belum ada vaksin untuk Influenza A H1N1. Vaksin selesema yang ada di pasaran sekarang ini hanya meliputi selesema bermusim iaitu H3N2. Ia tidak boleh mencegah H1N1. Namun begitu,Pusat Kawalan Penyakit (CDC) masih mencadangkan vaksin ini bagi tujuan mengelakkan selesema terutama di kalangan kumpulan berisiko. Ini juga bertujuan mengelakkan seseorang mendapat dua jenis selesema berbeza dan seterusnya menyebabkan percampuran dua strain kuman influenza berbeza dalam satu badan.

lawakhutan1

*Pengesahan

Terdapat tiga ujian pengesahan H1N1 iaitu melalui kaedah PCR, kultur virus atau ujian serologi. Ketiga-tiga ujian ini memerlukan kos yang tinggi dan sangat membebankan kakitangan makmal. Dalam fasa mitigasi ini, ujian makmal tidak lagi penting untuk pengurusan pesakit. Sebaliknya, ujian makmal seharusnya tertumpu kepada kelompok wabak selesema, pesakit yang menghidap gejala yang teruk serta pengesanan virus yang rintang kepada antivirus.

Banyak orang berpandangan bahawa arahan yang tidak tetap seperti sekejap tutup sekolah, sekejap boleh buka ataupun kumpulan sasar antivirus yang berubah-ubah sebagai satu kecelaruan. Sebenarnya ini bukan kecelaruan pengurusan. Secara peribadi, ini dianggap langkah yang bersesuaian dengan tahap wabak ini sendiri. Sebagai contoh, dalam fasa mitigasi, tidak semua pesakit boleh dimasukkan ke dalam wad begitu juga tidak semua sekolah boleh ditutup. Dalam suasana bencana, perubahan arahan dan strategi serta cara mengurangkan kesan bencana boleh berubah mengikut kesesuaian. Perubahan ini untuk kebaikan umum mengikut maklumat dan masalah semasa. Sebagai kumpulan yang terdedah dengan bencana ini, kita seharusnya peka dengan arahan semasa pihak berkuasa khususnya Kementerian Kesihatan.

Seperti dimaklumi, dalam fasa mitigasi, sekolah ditutup adalah sebagai langkah terakhir. Sekiranya sekolah ditutup untuk tempoh tertentu, pelajar hendaklah sentiasa berada di rumah dan memantau kesihatan diri. Pada masa yang sama pihak sekolah tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang aktiviti di dalam tempoh penutupan tersebut.

Sekiranya sekolah tidak ditutup, pelajar dinasihatkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan jangkitan tersebut. Dalam fasa mitigasi ini pelajar atau guru yang mempunyai tanda selesema sepatutnya mengambil cuti. Tindakan penutupan sekolah hanya akan dilakukan oleh pihak sekolah atau institusi bila kehadiran pelajar sangat rendah dan pembelajaran tidak dapat dibuat dengan baik. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memutuskan status penutupan sekolah. Pihak sekolah boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai kesihatan daerah jika perlu.

Ibu bapa atau penjaga dan guru hendaklah memastikan pelajar dan kakitangan yang mempunyai gejala selsema tidak hadir ke sekolah dan mereka perlu mendapatkan rawatan. Pihak sekolah diminta untuk membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap murid sekolah setiap hari dan merujuk ke klinik untuk rawatan lanjut.

*Topeng muka

Adakah penggunaan topeng muka mencegah H1N1? Ini adalah satu perkara subjektif. Keterlaluan penggunaan topeng muka juga menyebabkan harganya meningkat dan sukar diperolehi dalam pasaran. Topeng kertas berkemungkinan tidak mempunyai kesan untuk mencegah penularan influenza A H1N1. Hanya topeng muka pembedahan (yang mempunyai tiga lapis, bahagian luarnya berwarna) mempunyai kesan sekiranya digunakan dengan betul. Penggunaan topeng muka bukanlah satu alternatif kepada penjagaan kebersihan diri, tangan serta muka dan hidung. Pihak kementerian mahukan supaya topeng muka tidak boleh digunakan lebih dari sehari dan dibuang atau ditukarkan sekiranya kotor, basah, tercemar atau terkoyak.

Memandangkan topeng muka di pasaran adalah terhad, dicadangkan hanya kumpulan khusus yang menggunakan topeng muka iaitu orang yang mempunyai gejala selesema dan orang yang menguruskan, berhubung langsung dan merawat pesakit selesema. Orang ramai boleh menggunakan topeng muka apabila mereka berada di khalayak ramai. Namun begitu, penggunaannya bukanlah alternatif kepada pengasingan diri (social distancing), penjagaan kebersihan tangan dan muka serta adab batuk dan sebagainya.

Hanya Allah mengetahui bila wabak ini akan berakhir. Kita berdoa semoga wabak ini selesai dengan cepat. Dijangkakan di akhir tahun ini vaksin akan memasuki pasaran. Dengan itu, insya-Allah vaksin berkenaan dapat mencegah penularan virus selesema ini.

Dipetik dari:http://keranacinta.wordpress.com/



Bookmark and Share

Jumaat, 21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 Hijrah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pengunjung blog saya ini semoga ia memberi makna sebenar kehidupan sebagai mukmin sejati.Gunakan peluang yang ada bagi menambah amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ini agar kita menjadi hamba yang mendapat keredhaan Allah SWT.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 29 Julai 2009

Mercedes 124









Baru beli Mercedes pada 7.7.09 buatan tahun 1992 dan didaftar pada 1997.

Isnin, 8 Jun 2009

Bercuti Ke Cameron Highland









Minggu Cuti sekolah ini kami sekeluarga bertolak ke Cameron Highland pada hari Jumaat 5.6.09 bagi melancung dan berehat.Kami bertolak pada 8.30 pagi dan sampai pada jam 2.30 petang dengan berkereta.Kami menyewa bilik apartment di Honeymoon Villa dengan harga yang berpatutan untuk semalaman.

Suasana di situ adalah menjadi tumpuan ramai dengan kehadiran ramai pelancung dan pelawat tempatan yang mengambil kesempatan berehat di musim cuti sekolah.Pada sebelah malam kami hadir dan meninjau di pasar malam sambil membeli belah terutama buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Pada hari terakhir lawatan kami singgah di Ladang Teh Cameron, Bharat bagi menikmati keindahan alam di situ.



Bookmark and Share

Sabtu, 30 Mei 2009

Program Kumtis Di Komuniti Bestari Beris Jambu,Panji.







Pada 30hb Mei 2009 dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang berlangsung Program Kumtis anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Komuniti Bestari Kg Beris Jambu,Panji.

Program ini bermaksud Kumpulan Tindakan Sivik yang mengumpulkan beberapa jabatan kerajaan seperti JPJ, Jabatan Bomba ,Jabatan Kesihatan,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Persekutuan yang memberi Khidmat yang lebih dekat dengan masyarakat setempat yang terpilih.

Di antara acara menarik yang diadakan adalah seperti sukan rakyat, servis motosikal percuma ,pemeriksaan kesihatan dan khidmat pemeriksaan motosikal lama bagi mengaktifkan kembali oleh pihak JPJ secara percuma dan penyerahan bantuan Komputer kepada Komuniti Bestari Beris Jambu untuk ditempatkan di Anjung Bestari bagi kegunaan belia-belia dan orang ramai.

Ramai penduduk kampung telah hadir menyaksikan acara-acara yang di adakan disamping berhibur dengan persembahan Al- Baladi.Di akhir majlis di adakan Jamuan Rakyat untuk semua hadirin.



Bookmark and Share

Sabtu, 2 Mei 2009

Sua Rasa TV 9 di Kota Bharu,Kelantan











Bermula pada 1 dan 2 Mei 2009 berlansung aktiviti Sua Rasa TV 9 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV.Berbagai aktiviti berlangsung dengan aktiviti utama pamiran program Stesyen TV 9 seperti Al Risalah ,konsert nyanyian berunsur keislaman,berdikir barat ,aktiviti jualan oleh Celcom , agensi-agensi kerajaan dan syarikat persendirian seperti Projek D'Raja Kelantan , Program Menderma Darah dan lain-lain.

Ramai rakyat Kelantan telah berpusu-pusu menghadiri program ini yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga 11.30 malam bagi memeriahkannya.