Jumaat, 27 Februari 2009

Iman



Allah Muhammad
jalan abadi
jaya hidup abadi
bahagia nan abadi

Allah Muhammad
kasihNya Allah
lahir dan hidup
untuk janji taat
jalani hidup
usah dimungkiri
padah terperi

Allah Muhammad
dua kalimah Shahadah
pertahan ia
bernilai abadi
sepanjang masa
ranjau duri berganti
diuji
nafsu syaitan iblis
musuh kamu
perang lawan ia dengan jaya
Allah bersamamu
Malaikat bersamamu
berserahlah kepadaNya

Allah Muhammad
tuju jalan lurus
tuju jalan benar
Islam
tuju jalan sejahtera
tuju jalan abadi
tuju jaya

ALLAH MUHAMMAD.

Jumaat, 20 Februari 2009

Mengamalkan Sunnah Rasul (saw)



Berikut adalah beberapa amalan sunnah Nabi kita Muhammad (SAW) yang mudah untuk diamalkan sebagai bekalan amal untuk mati kita.Kalau diamalkan insya Allah akan diberi pahala yang besar dari Allah(SWT)antaranya kita mendapat pahala 100 shahid kerana menghidupkan sunnah Nabi (saw) pada zaman fashad dan mungkar ini dan lain-lain pahala yang berganda dari Allah.Diantara amalan-amalan sunnah Nabi (SAW) adalah seperti berikut;
i)bersembahyang berjemaah 5 waktu di Masjid atau surau,
ii)menyimpan janggut,
iii)bersugi dengan kayu miswak,
iv)berzikir pagi dan petang 100 kali iaitu selepas solat subuh dan asar dengan;
a)Bertasbih tanda kita kasih Allah(SWT)
b)Berselawat tanda kita kasih Rasul (SAW)
C)Beristighfar tanda kita kasih pada diri sendiri.

v)menyampaikan salam sesama Muslim apabila berjumpa.

Setiap kita adalah digalakkan menyampaikan pesan untuk diri sendiri dan orang lain walaupun sepotong ayat.

Kita mesti ada semangat juang dalaman serta jihad yang tinggi bagi melawan nafsu dan ajakan shaitan laknatullah yang selalu melalai dan melekakan kita untuk membuat amal ibadat kepada Allah mengikut amalan-amalan sunnah nabi tadi.Dengan mujahadah kita mohon kekuatan dan perlindungan dari Allah setiap masa untuk berjaya melawan nafsu dan dari bisikan shaitan yang direjam.

Kita semua tahu bahawa kerja shaitan adalah untuk sesatkan anak cucu Nabi Adam sehingga kiamat untuk masuk Neraka bersama mereka. Nauzubillahhiminzalik.

Pilihlah jalan benar dan Haq ,jalan Allah dan rasul kita (SAW), Islam, untuk selamat dunia dan akhirat nanti.

Yang benar adalah dari Allah (SWT) dan yang buruk adalah dari saya sendiri semoga kita berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah (SAW)untuk berjaya dunia dan akhirat serta mendapat keredaan Allah(SWT).Wallahualam.

Isnin, 9 Februari 2009

Kerja itu ibadah


Kita semua setiap hari keluar berkerja samada kerja dengan kerajaan,swasta atau kerja sendiri untuk membuat kerja semata-mata.Kita boleh plan semula cara kita keluar bekerja selama ini dengan ubah cara dan niat yang lebih betul dan berkesan.

Kerja kita itu akan lebih bermakna dan bermanafaat dunia dan akhirat sekiranya kita sentiasa berniat untuk mancari keredaan Allah dan beribadah apabila kita memulakan langkah pertama bermula dengan kaki kiri dengan memulakan pasang niat.Kita akan beroleh berkat kerana berniat untuk beribadah sambil bekerja.

Apabila sampai ketempat kerja pula ,sebelum memulakan kerja eloklah membaca surah Al-Fathihah dan ayat Khursi agar kita dibimbing Allah untuk kerja dengan tekun dan ikhlas serta memberi tumpuan kepada kerja-kerja seharian dengan betul dan tidak membuang masa.Insha Allah kita akan beroleh banyak manafaat kerana ia memberi dorongan untuk kerja dengan betul kerana Allah semata-mata dan tidak akan membuang masa serta malas.

Kalau kita semua amalkan perkara ini Allah akan memberi kita bantuan dan pertolongan dalan semua perkara kehidupan ke arah meningkatkan mutu modal insan yang berkualiti dan produktif kepada jabatan,masyarakat dan negara.

Di akhir hari selesai kerja ucapkan syukur kita kepada Allah kerana berjaya melaksanakan kerja pada hari tersebut dengan jaya dan mengharapkan pahala dariNya.

Perkara dan idea yang baik adalah dari Allah semoga kita sama-sama menuju kepada keredaan AllAH. Masa yang masih ada sentiasa berharga untuk dimanafaatkan dunia dan akhirat nanti ,jika kita bijak mengatur dan menguruskannya. Insya Allah.

Sabtu, 7 Februari 2009

Aktiviti Kacau Bubur Asyura





Pada 6hb Februari 2009 bertempat di Madrasah Haji Zakaria Kampung Beris Jambu,Panji ,Kota Bharu berlansung aktiviti bergotong royong membuat dan mengacau bubur asyura dengan dihadiri ahli surau dan masyarakat kampung di ketuai oleh Tuan Haji Fauzi Bin Zakaria selaku Pengerusi Madrasah berkenaan.

Dengan adanya aktiviti bercorak kemasyarakatan seperti ini akan memupuk semangat kerjasama dan saling tolong menolong disamping merapatkan silatulrahim dengan penduduk setempat khususnya ahli-ahli madrasah di situ.

Selasa, 3 Februari 2009

Abdikan diri


Tuhanku
kejutkan aku untuk sujud menghampirimu
daku ingin perbaiki diri hamba yang serba kekurangan
Allah ya Rabbi hatiku syahdu bergetar sebut namaMu
mengalir aimata mengingatMU menyebutMU
aku rindu Mu....Allah ....Allah....Allah.....

Tuhanku
ampuni daku
hamba hina ini mengharap kasihMU
sujud daku menghadapMU
limpah rahmatMU yang abadi
aku rindu Mu ya Allah

Tuhanku
istiqomahlah aku di jalanMu
hingga hayatku
mentaatimu
ampunilah aku
menuju kejayaan abadi.