Jumaat, 20 Februari 2009

Mengamalkan Sunnah Rasul (saw)



Berikut adalah beberapa amalan sunnah Nabi kita Muhammad (SAW) yang mudah untuk diamalkan sebagai bekalan amal untuk mati kita.Kalau diamalkan insya Allah akan diberi pahala yang besar dari Allah(SWT)antaranya kita mendapat pahala 100 shahid kerana menghidupkan sunnah Nabi (saw) pada zaman fashad dan mungkar ini dan lain-lain pahala yang berganda dari Allah.Diantara amalan-amalan sunnah Nabi (SAW) adalah seperti berikut;
i)bersembahyang berjemaah 5 waktu di Masjid atau surau,
ii)menyimpan janggut,
iii)bersugi dengan kayu miswak,
iv)berzikir pagi dan petang 100 kali iaitu selepas solat subuh dan asar dengan;
a)Bertasbih tanda kita kasih Allah(SWT)
b)Berselawat tanda kita kasih Rasul (SAW)
C)Beristighfar tanda kita kasih pada diri sendiri.

v)menyampaikan salam sesama Muslim apabila berjumpa.

Setiap kita adalah digalakkan menyampaikan pesan untuk diri sendiri dan orang lain walaupun sepotong ayat.

Kita mesti ada semangat juang dalaman serta jihad yang tinggi bagi melawan nafsu dan ajakan shaitan laknatullah yang selalu melalai dan melekakan kita untuk membuat amal ibadat kepada Allah mengikut amalan-amalan sunnah nabi tadi.Dengan mujahadah kita mohon kekuatan dan perlindungan dari Allah setiap masa untuk berjaya melawan nafsu dan dari bisikan shaitan yang direjam.

Kita semua tahu bahawa kerja shaitan adalah untuk sesatkan anak cucu Nabi Adam sehingga kiamat untuk masuk Neraka bersama mereka. Nauzubillahhiminzalik.

Pilihlah jalan benar dan Haq ,jalan Allah dan rasul kita (SAW), Islam, untuk selamat dunia dan akhirat nanti.

Yang benar adalah dari Allah (SWT) dan yang buruk adalah dari saya sendiri semoga kita berusaha mengamalkan sunnah Rasulullah (SAW)untuk berjaya dunia dan akhirat serta mendapat keredaan Allah(SWT).Wallahualam.

3 ulasan:

  1. insyallah, kita berusaha ke arah kebaikan k. sama2lah kita hidupkan kembali budaya tegur-menegur dlm masyarakat.

    BalasPadam
  2. Amalan kita walau sedikit hendaklah istikomah dan bermujahadah selalu bagi melawan nafsu dan syaitan insya Allah ,Allah akan membantu kita yang hendak memperbaiki diri menujuNya.

    BalasPadam
  3. salam....info yang baik dan pakat kita usha amalkan...boleh cedok bahan enta..untuk sebaran???syukran

    pesanan ana :kalau boleh enta sediakan sumbernya sekali...

    BalasPadam