Isnin, 9 Februari 2009
Kerja itu ibadah
Kita semua setiap hari keluar berkerja samada kerja dengan kerajaan,swasta atau kerja sendiri untuk membuat kerja semata-mata.Kita boleh plan semula cara kita keluar bekerja selama ini dengan ubah cara dan niat yang lebih betul dan berkesan.
Kerja kita itu akan lebih bermakna dan bermanafaat dunia dan akhirat sekiranya kita sentiasa berniat untuk mancari keredaan Allah dan beribadah apabila kita memulakan langkah pertama bermula dengan kaki kiri dengan memulakan pasang niat.Kita akan beroleh berkat kerana berniat untuk beribadah sambil bekerja.
Apabila sampai ketempat kerja pula ,sebelum memulakan kerja eloklah membaca surah Al-Fathihah dan ayat Khursi agar kita dibimbing Allah untuk kerja dengan tekun dan ikhlas serta memberi tumpuan kepada kerja-kerja seharian dengan betul dan tidak membuang masa.Insha Allah kita akan beroleh banyak manafaat kerana ia memberi dorongan untuk kerja dengan betul kerana Allah semata-mata dan tidak akan membuang masa serta malas.
Kalau kita semua amalkan perkara ini Allah akan memberi kita bantuan dan pertolongan dalan semua perkara kehidupan ke arah meningkatkan mutu modal insan yang berkualiti dan produktif kepada jabatan,masyarakat dan negara.
Di akhir hari selesai kerja ucapkan syukur kita kepada Allah kerana berjaya melaksanakan kerja pada hari tersebut dengan jaya dan mengharapkan pahala dariNya.
Perkara dan idea yang baik adalah dari Allah semoga kita sama-sama menuju kepada keredaan AllAH. Masa yang masih ada sentiasa berharga untuk dimanafaatkan dunia dan akhirat nanti ,jika kita bijak mengatur dan menguruskannya. Insya Allah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kerja` ramai org buat kerja tp x ramai yg bertanggungjawab..camne tu? Boleh ke diterima.
BalasPadamadalah menjadi tanggungjawab sendiri untuk perbaiki diri setelah didorong tuju kebaikan.
BalasPadamya betul tu~ tak byk sikit jrg da lay umah pun skibst mengaibkan masa
BalasPadamDengan niatkan kerja kerana Allah akan jadi ibadah
BalasPadamkalau tidak ia adalah untuk kebendaan semata-mata.Wallahualam...