Isnin, 27 April 2009

Petua Penyakit Batu Karang


Diberikan petua cara tradisional bagi sesiapa yang mengidap penyakit batu karang untuk diamalkan kalau di izinkan Allah ia boleh menghancurkan batu karang yang ada di dalam tubuh kita dan akan mengurangkan penderitaan penyakit tersebut.

Cara-caranya.

1) Ambil sebiji kelapa muda dengan isinya sangat lembut(berhingus)lalu dipotong di bahagian atas.
2) masukkan satu sudu besar tawas, tutup kembali bahagian atas kelapa yang dipotong.
3) bakar kelapa muda tadi yang berisi tawas di atas dapur sehingga air kelapa tinggal separuh lalu di minum.Sebelum minum eloklah baca bismillah...dan selawat kepada Nabi SAW.

Buatlah dua tiga kali cara tadi semoga batu karang yang ada di dalam tubuh seseorang yang ada penyakit batu karang akan hancur dengan izin Allah.Selamat mencuba.



Bookmark and Share