Presiden Amerika Barack Obama pada hari Isnin lepas telah berkata Amerika bukan musuh bagi negara Islam serta berjanji akan melawat negara-negara Islam yang besar begi memberi penjelasan.
Beliau menegaskan bahawa adalah menjadi tugasnya untuk berhubung dengan negara-negara Islam bagi memberitahu Amerika bukan musuh anda.
Persoalannya adakah niat Obama ini boleh dipercayai kerana punca utama timbulnya hal ini adalah kerana tindakan Amerika sendiri yang sering memulakan permusuhan dengan negara Islam.Serangan ke atas Iraq melalui dendam lama bapa George Bush adalah melaui tipu daya yang licik kononnya Iraq menyimpan sejumlah besar senjata pemusnah.Begitu juga serangan ke atas World Trade Centre masih menjadi misteri akan siapa dalang di sebaliknya samada melibatkan pihak Amerika bersama Yahudi yang sengaja melakukannya bagi memberi justifikasi bagi memulakan serangan ke atas negara Islam.Bush dengan bangganya mengistiharkan perang salib telah bermula apabila melancarkan serangan pertama ke atas Iraq.Amerika pada bila-bila masa pun tidak akan senang atau redha dengan negara Islam dan suka kepada peperangan dan permusuhan dengan negara-negara Islam.
Dunia Islam memang mengharapkan suatu perubahan dasar mengenai perhubungan luar Amerika dengan negara Islam ke arah keamanan sejagat.Mampukah Obama mengubah dasar Amerika selama ini yang berlagak sebagai polis dunia?Tunjuk dan buktikan kepada dunia bahawa Obama boleh berjalan sendiri tanpa pengaruh lobbi dari golongan Yahudi dan negara Israel.
sumber AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan