Isnin, 16 Mac 2009

Peranan Ketua atau Pengurus Bagi Motivasi


Diberikan beberapa panduan kepada ketua atau pengurus bagi memotivasi pekerja atau kakitangan mereka;

1) Perlu berbincang mengenai idea atau plan dengan Penyelia-penyelia bagi membina pasukan.Hasrat dan idea seorang ketua perlu disampaikan kepada Penyelia untuk mereka salurkan pula kepada pekerja bawahan untuk dilaksanakan.

2) Ketua @ bos seharusnya bersikap seperti jurulatih dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kakitangan bawahan bukannya bersikap tinggi diri dan memandang rendah akan potensi yang ada pada pekerja mereka.

3) Tawarkan pengalaman yang ada dari setiap kakitangan lebih dari sekadar pekerjaan semata-mata.Anda akan mencabar dan memotivasi pekerja-pekerja dengan mempraktik idea dan pengalaman mereka kepada syarikat atau jabatan anda.

4) Belajar cara mencipta dan mencungkil bakat yang berbeza dari setiap pekerja.

5) Semua orang bermotivasi untuk berusaha dan berjaya dalam kerjaya mereka.

6) Ketua yang berkesan tidak menunggu konflik meletus kemudian menggunakan cara keras untuk mengatasinya.Perlu ada langkah-langkah pencegahan dan kawalan dari awal untuk menghindarinya.

7) Motivasi akan menurun tanpa belaian dan rangsangan.

8) Fikirkan unsur-unsur yang ada dalam pesekitaran untuk keselesaan bekerja seperti;
-tempat yang disukai
-selamat
-bersih
-lampu yang terang,selesa
-suhu yang sesuai
-mesra pengguna.

9) Klik di kalangan pekerja adalah merbahaya oleh itu pisahkan mereka pada peringkat awal lagi.

10) Perhatikan cara bekerja mereka,adakah bekerja dalam satu pasukan atau wujud klik.

11) Cari cara untuk kekalkan hubungan rapat dengan pekerja melalui tugasan pada projek khas kepada mereka.

12) Buat suatu sistem dan beri masa untuk sistem itu berfungsi.

13) Beri penghargaan kepada pekerja yang berjaya membawa keuntungan kepada syarikat atau jabatan dengan memberi insentif tunai , bonus tahunan atau kenaikan pangkat.

Kejayaan kepada syarikat atau jabatan adalah bukan hasil usaha kita sendiri, pekerja bawahan yang menjadi aset utamalah yang membantu melengkapkan kejayaan.Bekerja sebagai satu pasukan dengan idea memotivasi pekerja kita akan beroleh kejayaan dan kesejahteraan yang berpanjangan untuk semua.


Rujukan/Kredit: Memotivasi Manusia,Michael Ramundo & Susan Shelly.

Sabtu, 7 Mac 2009

Projek Pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu,Kelantan



Photo terbaru pada 20.3.09












Pada hari Jumaat 6.3.09 selepas pulang dari membelibelah di Pasar Minggu Wakaf Baru saya sempat singgah meninjau di Lembah Sireh bagi melihat perkembangan serta kemajuan pembinaan bagi pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra yang sedang giat dijalankan.

Projek ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan kos bernilai RM 143 juta yang perihatin dengan masalah kesesakan lalulintas yang dihadapi oleh pengguna jambatan ini terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

Dengan terbinanya dua lagi laluan tambahan ,jambatan ini akan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna yang berulang alik di antara Kota Bharu,Tumpat,Pasir Mas, Tanah Merah dan lain-lain bandar.Pembinaannya dijangka siap pada tahun 2010 dengan penyediaan 6 lorong dan ada struktur bertingkat sehingga ke Jalan Dusun Muda.

Pembesaran Jambatan Sultan Yahya yang asalnya mula dibina pada tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada tahun 1965 oleh Kerajaan Pas Kelantan, yang akan menambahkan lagi mercu tanda baru di Kota Bharu,Kelantan. Ia boleh menarik lagi jumlah pelancung dalam negara untuk berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang atau Negeri Serambi Mekah melalui banyak lagi tempat-tempat menarik yang rancak dibina sekarang ini.