Sabtu, 7 Mac 2009

Projek Pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu,Kelantan



Photo terbaru pada 20.3.09












Pada hari Jumaat 6.3.09 selepas pulang dari membelibelah di Pasar Minggu Wakaf Baru saya sempat singgah meninjau di Lembah Sireh bagi melihat perkembangan serta kemajuan pembinaan bagi pembesaran Jambatan Sultan Yahya Petra yang sedang giat dijalankan.

Projek ini adalah dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia dengan kos bernilai RM 143 juta yang perihatin dengan masalah kesesakan lalulintas yang dihadapi oleh pengguna jambatan ini terutama pada waktu puncak dan musim perayaan.

Dengan terbinanya dua lagi laluan tambahan ,jambatan ini akan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna yang berulang alik di antara Kota Bharu,Tumpat,Pasir Mas, Tanah Merah dan lain-lain bandar.Pembinaannya dijangka siap pada tahun 2010 dengan penyediaan 6 lorong dan ada struktur bertingkat sehingga ke Jalan Dusun Muda.

Pembesaran Jambatan Sultan Yahya yang asalnya mula dibina pada tahun 1963 dan siap sepenuhnya pada tahun 1965 oleh Kerajaan Pas Kelantan, yang akan menambahkan lagi mercu tanda baru di Kota Bharu,Kelantan. Ia boleh menarik lagi jumlah pelancung dalam negara untuk berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang atau Negeri Serambi Mekah melalui banyak lagi tempat-tempat menarik yang rancak dibina sekarang ini.

3 ulasan:

  1. "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik dan tulisan yang bernas,jemput ziarah blog saya untuk tujuan muzakarah dan bertukar-tukar pandangan....dan jadikan blog saya sebagai rakan blog anda..tq

    BalasPadam
  2. salam ziarah kpd Anak Pendang Sekeluarga,sama-sama bertukar pandangan dan kita menjadi rakan..terima kasih.

    BalasPadam
  3. slmat maju jaya..x g wat skali ko jmbatan 2..hehe..

    BalasPadam